Aku menulis bukan kerana nama,
aku menulis bukan kerana minat,
dan aku juga menulis bukan kerana terpaksa,
Tetapi,
aku menulis kerana aku tidak petah berbicara,
aku menulis kerana aku ingin menukirkan idea yang tidak mampu aku terjemahkan dengan kata-kata,
aku menulis kerana aku tahu aku lemah,
aku juga menulis dengan harapan untuk mengubah kebiasaan.
Kebiasaan yang tidak semestinya betul daripada ketetapan yang sebenar...
Diam aku bukan kerana sombong,
bukan juga kerana penuhnya emas di dalam mulut,
Tapi kerana,
lidahku kelu tika aku ingin berbicara,
akalku terhenti ketika aku perlukan idea,
semangatku goyah tika aku mengetahui segalanya tidak seperti yang dirancang...
Tulisan ini mungkin tidak bermakna bagi sesetengah orang,
tapi bagi sesetengah golongan yang lain,
golongan seperti aku,
mungkin memahami maksud yang ingin aku sampaikan,
mungkin lebih mengerti setelah melalui pahit manis kehidupan dunia,
erti sebuah kata-kata yang tidak mampu diungkap dengan baris bicara kata...

Comments
Post a Comment