Cinta yang didorong perasaan semata apatah lagi yang didasari oleh nafsu syahwat yang menggoda tidak akan membawa kepada kebahagiaan yang berkekalan apatah lagi hingga ke syurga.
Jika benar ingin menjaga cinta yang dikatakan suci itu, perasaan dan nafsu perlulah diimbangi dengan akal dan iman.
Kerana perasaan dan hawa nafsu itu ibaratnya seperti sekumpulan kuda yang sedang menarik kencang. Jika kita membiarkannya, badan kita akan tercerai-berai ditarik daripada pelbagai arah. Jadi perlulah kita belajar menunggangnya. Ini apa yang dinasihati oleh ahli falsafah Plato.
Kita secara fitrahnya mempunyai perasaan dan hawa nafsu yang mewujudkan kehendak berdasarkan apa yang dirasa bersesuaian, menarik dan berguna bagi meneruskan kehidupan di muka bumi ini.
Namun perlu diingat, sebagai seorang Muslim yang mempunyai kesedaran bertuhan, perasaan dan nafsu semata tidak boleh dijadikan panduan, begitu juga jika berpandukan akal tanpa panduan iman. Kerana iman yang dimiliki sepatutnya menjadi penyuluh jalan dan panduan dalam membuat keputusan supaya tidak melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh Tuhan bagi kebaikan kita.
Kita kata kita bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, lalu sepatutnya panduan berlandaskan wahyu daripadaNya lah yang menjadi ikutan kita, diikuti dengan apa yang disampaikan Rasulullah saw, yang juga kita akui sebagai pesuruh Allah. Bukan main layan perasaan yang terbit daripada nafsu dan disesatkan lagi oleh hasutan syaitan.

Comments
Post a Comment