Lelaki gatal, wanita yang salah?

Kalau kita (lelaki) sendiri pun tak mampu kawal nafsu, kawal penglihatan dan fikiran, kenapa perlu mengecam mereka (wanita) yang masih lagi belum mampu menutup aurat dengan sempurna?

Mereka (wanita) perlu menutup aurat bukannya untuk mengikut kehendak kita (lelaki), tetapi kerana arahan sang Pencipta yang pada masa yang sama turut mengarahkan kita (lelaki) untuk menundukkan (menjaga) pandangan daripada melihat sesuatu yang dilarang (seperti aurat perempuan).

Kita kata mereka ingkar arahan Tuhan, kita berbicara dengan lagak menghukum, memandang mereka dengan penuh hina dan kebencian, hanya kerana masalah aurat, sehingga kita sendiri terlupa, bahawa kita juga punya kelemahan dan kekurangan.

Bersederhanalah.

Tak bermakna kita redha dengan kesalahan yang dilakukan, cuma kalau sampai terlebih 'semangat' dalam 'berdakwah' sehingga makin menjauhkan orang lain daripada Islam, makin mengelirukan orang lain terhadap hukum agama, atau sehingga menconteng arang terhadap agama yang mulia ini buat apa jugak.

Kita sendiri tidak bersikap keras dengan maksiat yang kita lakukan (kalau sebaliknya baguslah, tapi masih lagi tidak memberi lesen kepada kita untuk merendah-rendahkan mereka yang belum mampu menjadi se'baik' kita).

Kelemahan dan kesilapan yang menghasilkan maksiat tersebut tidak diberi penekanan bila kita sendiri yang lakukan, tetapi jika dilakukan oleh orang lain, mudah pula bermain hukum, konon memberi nasihat (nasihat apanya kalau sampai bersikap biadap atau sehingga memalukan mereka yang dinasihati)

Sudah-sudah ler jadi keyboard warrior yang berjuang tanpa ilmu bertuhankan emosi.

By the way, kita beramal bukan kerana manusia, bukan juga untuk manusia, tetapi kerana Pencipta manusia, dan juga demi kebaikan kita sendiri insyaallah.

#patriarchy


Comments