Ada satu episod Tanyalah Ustaz sebelum ni yang membincangkan tentang mereka yang telah pun baligh dari sudut fizikal tetapi memilih untuk tidak menjadi matang dari sudut perangai dan pemikiran.
Sebagaimana yang kita maklum, Islam memberitahu bahawa seiring dengan umur yang mencapai peringkat baligh, seseorang ditaklifkan dengan tanggungjawab-tanggungjawab tertentu sesuai dengan tahap perkembangan fizikal dan mental seseorang.
Namun ada segelintir yang memilih untuk terus kekal dalam ketidakmatangan walaupun secara fizikalnya telah melalui perkembangan yang sepatutnya memungkinkan mereka untuk menjadi seorang manusia yang matang kerana tempoh baligh yang dilalui telah pun lama dilepasi. Mereka ini kita gelar sebagai babies in adults body.
Kita bahagikan golongan ini kepada 2 golongan; pertama, mereka yang menganggap kewujudan mereka sebagai the centre of the universe yang mana lebih mementingkan kehendak, kemahuan dan kepuasan diri sendiri melebihi kepentingan masyarakat sedangkan muslim yang matang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri.
Mereka ini lebih mengutamakan diri sendiri sehingga terlupa (lebih teruk, dengan sengaja melupakan) tanggungjawab yang sepatutnya mereka tunaikan kepada masyarakat sekeliling.
Kedua, ada yang beralasan mereka masih belum mendapat seruan sedangkan mungkin mereka lupa atau tidak menyedari bahawa banyaknya seruan-seruan yang telah disampaikan kepada kita, seruan azan 5 kali sehari (mari menuju kejayaan), seruan di setiap minggu melalui khutbah jumaat, seruan-seruan di majlis ilmu, tazkirah, ta'alim muta'allim, program-program agama di masjid mahupun di media massa, dan yang utama, seruan yang diturunkan lebih 1000 tahun dahulu, Al-Quran dan As-Sunnah. Bukankah kesemua yang disebutkan tadi adalah seruan-seruan yang bertujuan untuk disampaikan kepada mereka yang mencari?
Lalu, persoalannya disini ialah bukan tiadanya seruan tetapi sebaliknya kita sendiri yang mungkin 'memekakkan telinga' atau tidak menyedari seruan-seruan yang disampaikan. Atau mungkin seruan-seruan yang diterima telahpun kita ketepikan kerana tidak sehaluan dengan kehendak hawa nafsu kita sendiri.
Jadi, cuba kita lihat ke dalam diri kita sendiri, adakah sudah mencapai tahap kematangan yang sebenar ataupun masih lagi seperti anak kecil yang mahunya untuk terus bermain riang tanpa menghiraukan alam realiti yang lebih mencabar serta memerlukan mereka yang mampu memikul beban dan tanggungjawab bagi mengharungi kehidupan dan juga memenuhi tujuan penciptaan kita di muka bumi ini.

Comments
Post a Comment