Sori naik lori laa...

Sebelum ni pernah terbaca satu quote yang lebih kurang mengatakan apa guna mulut sahaja yang mengungkap kata #maaf tetapi tidak dibuktikan dengan perbuatan yang menunjukkan kita betul-betul ingin berubah ke arah yang lebih baik.

Sejak daripada tu, aku tak pernah minta maaf dengan sesiapa pun, sebab aku tahu, aku takkan berubah.

Eh?

P/s: Mohon maaf itu mudah, hanya perlu mulut mengungkapkan sahaja kata maaf.

Tetapi jika betul #ikhlas, hati dan jiwa akan memandu diri untuk betul-betul menghadirkan makna dan menghidupkan erti kemaafan yang dipinta dengan perubahan-perubahan yang positif, yang membuktikan ungkapan maaf yang diucap bukan sekadar omong kosong.

But still, kalimah maaf bukan satu kalimah ajaib (magic word), yang bila diucap, terus terjadi apa yang diinginkan. Begitu juga kita yang tidak akan terus menjadi sempurna, bebas tanpa sebarang kelemahan dan kekurangan (tidak akan melakukan sebarang kesilapan lagi kelak) hanya kerana mengungkapkan ungkapan tersebut.

~I'm sorry...😢


Comments